Bagaimana cara untuk mendaftar dan memasang Google Analytics di website



26.01.18





Google Analytics sangat berguna untuk kita mengetahui prestasi website. Dengan Google Analytics kita dapat memantau dan track hits dan trafik yang masuk ke dalam website. Pelbagai maklumat yang boleh didapati seperti berapa lama masa pengunjung berada di website kita, apa yang mereka lakukan, page yang menjadi tumpuan, kata kunci (keywords) yang menarik trafik kedalam website dan lain-lain lagi. Yang lebih bagus, servis Google Analytics ini adalah PERCUMA!


Pendaftaran Google Analytics


So macamana nak mula?


1. Daftar di https://analytics.google.com.
Pendaftaran hendaklah menggunakan akaun Google atau Gmail


2. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti Nama Akaun, nama Website dan URL website.
Pastikan anda memilih Malaysia di dalam ruangan Reporting Time Zone supaya laporan analisa berdasarkan mengikut waktu malaysia.


3. Klik pada butang "Get Tracking ID"


4. Klik pada "I accept" dalam erti kata lain anda menerima terma Google
Anda akan dibawa ke Page yang mempunyai Tracking ID


5. Select dan Copy (Ctrl+C) Tracking ID yang terhasil.






Memasang Google Analytics di Website COEWEBS


6. Buka website COEWEBS anda, hover di ruangan Settings>>>SEO dan klik pada SEO.
Akan terpapar ruangan Google Analytics ID


7. Masukkan Tracking ID, Paste (Ctrl +V) ke dalam ruangan Google Analytics ID.


8. Tekan butang Set.


9. Save website


Tahniah, website anda kini telah dipasang Google Analytics. Data akan dihasilkan dalam beberapa jam sekiranya website anda mempunyai trafik yang masuk dan keluar.

Video Panduan Lengkap Daftar dan Pasang Google Analytics ada disediakan di bawah. Kurang dari 2 minit yang diperlukan untuk Register dan memasang Tracking ID Google Analytics di website.


Selamat mencuba


Mat Dan